Bahan-bahan:
1. Kad manila.
2. Kertas tebal
3. Gunting
4. Gam
5. Salotep
6. Medium warna - warna pensil, krayon atau warna poster air
(dan berus)
7. Penebuk lubang
8. Gelang getah atau tali getah (ada dijual di kedai
jahitan, biasanya untuk membuat seluar atau kain bercerut getah)
1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan
kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk. Caranya adalah dengan menekap
sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata denga merasa kedudukannya
pada kertas. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan.
Ini untuk memastikan topeng anda tegak dan tidak senget.
2. Lukis gambar yang anda inginkan. Dalam contoh ini, gambar
buah-buahan digunakan iaitu jambu air, manggis, nenas, tembikai dan mangga.
3. Kemudian tampal
lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya lebih keras. Gunting ikut
bentuk dan tebuk lubang mata.
4. Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di
kiri dan kanan lubang mata seperti di bawah.
5. Warnakan topeng menggunakan warna yang anda suka sama ada
pensil warna, krayon atau warna air untuk poster.
6. Ikat gelang getah atau tali getah di bahagian kertas keras
yang telah ditebuk lubang menggunakan tangan atau penebuk lubang
Jangan terlalu longgar hingga terlondeh, dan jangan terlalu
ketat hingga menyebabkan bahagian kertas keras terkoyak.
Untuk menguatkan lagi topeng anda, tampalkan salotep pada
bahagian pertemuan kertas keras dan topeng supaya tidak mudah terkoyak.
7. Topeng telah siap untuk dipakai.
Syabas, Cikgu Tan. Ini merupakan aktiviti yang menarik.Murid-murid mesti berasa seronok semasa P&P ini dijalankan.
ReplyDeleteYa.Murid-murid saya memang seronok.
ReplyDeleteSyabas,Cikgu Tan.Anak saya tertarik apabila melihat topeng-topeng buah-buahan yang cantik ini.Dia meminta saya membuat satu topeng "Strawberry"kepada dia.
ReplyDeleteSky Saw, satu cadangan yang baik. Tq!
DeleteMaklumat ini amat berguna kepada saya. Saya berharap agar cikgu boleh memuatkan maklumat yang berguna pada blog ini. Terima kasih.
ReplyDeletenice blog!
ReplyDelete