Tuesday 6 November 2012

Cara-cara membuat topeng dua dimensi



Bahan-bahan:
1. Kad manila.
2. Kertas tebal
3. Gunting
4. Gam
5. Salotep
6. Medium warna - warna pensil, krayon atau warna poster air (dan berus)
7. Penebuk lubang
8. Gelang getah atau tali getah (ada dijual di kedai jahitan, biasanya untuk membuat seluar atau kain bercerut getah)

1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk. Caranya adalah dengan menekap sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata denga merasa kedudukannya pada kertas. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan topeng anda tegak dan tidak senget.

 


2. Lukis gambar yang anda inginkan. Dalam contoh ini, gambar buah-buahan digunakan iaitu jambu air, manggis, nenas, tembikai dan mangga.
 
3.  Kemudian tampal lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya lebih keras. Gunting ikut bentuk dan tebuk lubang mata.

 

4. Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di kiri dan kanan lubang mata seperti di bawah.

 

5. Warnakan topeng menggunakan warna yang anda suka sama ada pensil warna, krayon atau warna air untuk poster.

 
 
 

 
6. Ikat gelang getah atau tali getah di bahagian kertas keras yang telah ditebuk lubang menggunakan tangan atau penebuk lubang
Jangan terlalu longgar hingga terlondeh, dan jangan terlalu ketat hingga menyebabkan bahagian kertas keras terkoyak.
Untuk menguatkan lagi topeng anda, tampalkan salotep pada bahagian pertemuan kertas keras dan topeng supaya tidak mudah terkoyak.
 


7. Topeng telah siap untuk dipakai.
 
 

6 comments:

  1. Syabas, Cikgu Tan. Ini merupakan aktiviti yang menarik.Murid-murid mesti berasa seronok semasa P&P ini dijalankan.

    ReplyDelete
  2. Ya.Murid-murid saya memang seronok.

    ReplyDelete
  3. Syabas,Cikgu Tan.Anak saya tertarik apabila melihat topeng-topeng buah-buahan yang cantik ini.Dia meminta saya membuat satu topeng "Strawberry"kepada dia.

    ReplyDelete
  4. Maklumat ini amat berguna kepada saya. Saya berharap agar cikgu boleh memuatkan maklumat yang berguna pada blog ini. Terima kasih.

    ReplyDelete